Hai! Saya dari Sarawak, Malaysia 🌿 Dah menetap dan belajar di Taipei sejak tahun 2019. Kat sini, bab makan, minum dan jalan-jalan memang saya ‘kaki’ 😆 Jadi kalau nak tahu pasal makanan kegemaran orang Taiwan, port lepak paling best, atau barang yang wajib borong — saya boleh kongsikan banyak info berguna!
Bagi pelancong Muslim yang datang ke Taiwan, cabaran paling besar adalah nak cari makanan yang sesuai dan Halal. Tapi jangan risau! Convenience store macam 7-Eleven dan FamilyMart memang jadi penyelamat bila perut mula berbunyi! 💡
7-Eleven
7-Eleven ada sediakan set bento istimewa yang berlabel “No Pork, No Alcohol” — sesuai untuk Muslim. Bento ni dilekatkan dengan stiker bulat warna ungu yang jelas menunjukkan makanan ini bebas khinzir dan alkohol. Mudah dikenali, cepat dibeli, dan boleh makan dengan lebih yakin 🍱💜Oh ya, kalau nak personal recommendation — saya sangat recommend bento “Herb Roasted Chicken Thigh and Veggies”! Serius, sedap dan portion dia pun cukup mengenyangkan. Bila saya blur tak tahu nak makan apa, memang itu je saya capai 😆👍

7-Eleven pun ada bento & sandwich berlabel "No Pork" — siap dengan stiker ungu sebagai penanda.(Sumber gambar: 7-Eleven)
FamilyMart
FamilyMart pula bukan sahaja ada sudut produk Halal dalam bungkusan, malah di 79 cawangannya telah diwujudkan “Zon Makanan Panas Mesra Muslim”. Antara makanan panas yang ditawarkan termasuk oden perisa Tomyam, ubi bakar dan telur teh — semuanya disediakan menggunakan peralatan khas dan ruang memasak berasingan, untuk elak sebarang sentuhan dengan bahan tidak sesuai 🧼🍲
Kalau anda berada di kawasan pelancongan, FamilyMart di Taipei 101 juga ada sediakan pilihan Makanan Panas Mesra Muslim ini, jadi memang senang untuk cari makanan yang diyakini, walaupun tengah sibuk berjalan atau beli-belah!
Selain itu, FamilyMart juga menawarkan minuman fresh-brewed seperti Susu Sirap Kurma dan Latte Sirap Kurma 🌴🥛
Senang cerita, convenience store kat sini makin faham keperluan pelancong Muslim — dan sentiasa ada pilihan yang cepat, mudah dan selamat. Lagi best, semua 7-Eleven dan FamilyMart di Taiwan terima kad kredit, Apple Pay dan Google Pay — jadi tak perlu risau kalau tak cukup duit tunai 💳📱

Di FamilyMart, ada makanan sejuk beku mesra Muslim — boleh minta staf bantu panaskan.(Sumber gambar: FamilyMart)

Di FamilyMart, ada makanan sejuk beku mesra Muslim — boleh minta staf bantu panaskan.(Sumber gambar: FamilyMart)






















